Teman Wanita terkejut Teman lelakinya Gantung diri! – Beaufort
Oleh saliparjipun@kiihoii

https://beritasabah.com/wanita-terkejut-boyfriend-mati-tergantung-kejadian-sana-beaufort/

Seorang wanita terkejut selepas menemui teman lelakinya yang berusia 20 tahun mati tergantung di rumah sewa mereka di Jalan Beaufort Jaya, di sini, hari ini.

Lelaki terbabit ditemui jam 2.30 petang tadi ketika teman wanitanya berusia 21 tahun pulang dari tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit dilihat kali terakhir oleh teman wanitanya pada jam 8.30 pagi ini ketika dia balik kerja.

“Teman wanita lelaki itu kemudiannya pergi bekerja sebelum menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumah berkenaan kira-kira jam 2.30 petang tadi.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca lelaki itu menggantung diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata berkata, mayat lelaki terbabit sudah dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya. – Asia Times

 

 

Sumber : BeritaSabah.com

Ditulis pada 8 June 2021