Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2021, telah berakhir dengan jayanya bermula 1 Mei hingga 31 Mei lalu.
Pelbagai kenangan manis dan pahit kita lalui sepanjang Kaamatan kali ini.

Totu Steve Johnny Mositun, Pengerusi Majlis Belia KDCA
Pahitnya pula, kita telah dikejutkan dengan satu insiden yang tidak manis didengar berikutan kes salah laku terhadap salah seorang peserta UNK kita.
Di sini, selaku Pengerusi KDCA Youth Council (KYC), saya mewakili suara orang muda untuk berpegang kepada prinsip ‘berani kerana benar’.
Bagaimanapun, saya mengajak kita semua untuk bersabar menunggu keputusan hasil siasatan daripada pihak PDRM.
Sebelum mengetahui sebarang keputusan, eloklah kita mengelak daripada membuat sebarang spekulasi, sebaliknya kita bertenang, dan memberi ruang kepada mangsa untuk menenangkan diri, agar tidak dibebani tekanan.
Justeru, mohon agar kita tidak menyebut siapa mangsa dan sebagainya kerana kita tidak dapat membayangkan tekanan yang mereka rasai. Bayangkan jika ianya adalah ahli keluarga kita.
Sebagai belia, perkara ini menjadi tanggungjawab kita untuk bersuara. KYC akan melindungi institusi orang muda kita kerana kitalah suara mereka, namun “check and balance” itu juga adalah penting.
Untuk memastikan institusi ini terjaga, dan nilai penganjuran Pesta Kaamatan pada masa hadapan terjamin, rasanya sudah tiba masanya KYC diberi peranan yang lebih berat bagi memastikan legasi, dan penganjuran acara budaya ini diteruskan dan terpelihara demi memelihara warisan nenek moyang kita ini kelak.
